Loji-loji kecil boleh dibina di kawasan-kawasan luar bandar dan terpencil di Sabah bagi mengatasi masalah bekalan air penduduk setempat. Menurut Pakar Kejuruteraan dan Kelestarian, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Ir Dr Rosalam Sarbatly pembinaan loji-loji kecil ini merupakan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah bekalan air.